Sunday, February 15, 2009

BMM

1:08 PM Posted by: ZuriatinaJohari 0 comments

MINGGU 1

PENTAKSIRAN

Definisi

Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

Tujuan Pentaksiran

1. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

2. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

3. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

4. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

5. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

6. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

7. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Konsep Pengujian

Pengujian merujuk kepada satu teknik untuk mendapatkan maklumat tentang perubahan tingkah laku seseorang individu. Ujian terdiri daripada satu set soalan atau tugasan yang berkehendakkan murid memberi satu set tindak balas. Calon ujian mungkin dikehendaki menyelesaikan suatu masalah matematik, melukis gambar rajah, menyusun radas, mentakrif sesuatu perkataan dan sebagainya. Ujian merupakan alat pengukuran hanya membenarkan kita mengukur pencapaian murid (dalam bentuk markah) sahaja.

Tujuan Pengujian

1. Mengesan hasil pembelajaran yang telah dicapai.

2. Mengesan kemajuan yang telah diperoleh tentang pencapaian hasil-hasil pembelajaran yang lain.

3. Mengesan kesulitan yang dihadapi oleh murid-murid.

Penilaian

Penilaian dalam pendidikan merupakan suatu proses mentaksir sama ada kuantiti atau takat sesuatu yang diukur itu boleh diterima atau tidak. Dengan itu penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut:

1. Mendapatkan maklumat melalui cara mengukur.

2. Menetapkan suatu criteria bagi pengukuran.

3. Membuat sesuatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

Misalnya, kriteria yang disediakan ialah selepas satu-satu pengajaran, murid-murid seharusnya menyelesaikan tujuh daripada 10 soalan matematik tentang operasi tolak. Sekiranya murid-murid tidak mencapai kriteria tersebut, guru berkenaan hendaklah membuat pertimbangan langkah sesuai yang patut diambil.

Dari segi konsep, penilaian merupakan yang paling luas. Ia adalah proses menggunakan data kuantiti dan kualiti untuk membuat taksiran dan keputusan. Data kualiti diperoleh daripada rekod peristiwa dan rekod pemerhatian tingkah laku seorang individu. Contoh data kualiti adalah seperti ‘Ahmad adalah seorang murid yang cerdas dan berinisiatif’. Data kuantitatif meliputi nilai berangka atau markah seperti ‘Ahmad mempunyai darjah kecerdasan 120’.

Ringkasnya, penilaian melibatkan penggunaan maklumat untuk membuat sesuatu keputusan. Penilaian merupakan satu aspek proses pembelajaran yang penting sekiranya ia menggalakkan murid membaiki pencapaiannya, membantu guru membuat taksiran tentang pembelajaran murid-murid, dan menggalakkan guru membuat taksiran tentang pengajaran mereka.

MINGGU 2

TAHAP-TAHAP KOGNITIF BLOOM

1. Kebanyakan ujian di dalam bilik darjah bertujuan mengetahui tahap kognitif pelajar.

2. Menurut Benjamin S. Bloom, aras kognitif boleh dibahagikan kepada 6 tahap, iaitu: Pengetahuan, Kefahaman, Penggunaan, Analisis, Sintesis dan Penilaian.

Pengetahuan

Ingat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi, teori, hukum, tarikh, peristiwa dan lain-lain daripada pembelajaran lepas.

Istilah/kata tugas: nyatakan, terangkan, namakan, labelkan

Kefahaman

Mengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep dan menterjemah draf.

Istilah/kata tugas: pilih,terangkan,tulis semula

Penggunaan / Aplikasi

Menggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data dll.

Istilah/kata tugas: selesaikan,ramalkan,cari,kesilapan,bina alat.

Analisis

Sesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Istilah/kata tugas: bezakan,pasti,pilih

Sintesis

Menyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Istilah/kata tugas: bina,hasilkan,susun,kembangkan

Penilaian

Membuat pertimbangan, termasuk memberi rasional, atas alasan dalaman atau luaran, mentafsir dan mengkritik

Istilah/kata tugas: pilih,berikan,alasan,kritikan,buktikan

MINGGU 3

JADUAL SPESIFIKASI UJIAN

Definisi JSU ( Jadual Spesifikasi Ujian)

Ia menghuraikan aspek-aspek pencapaian yang hendak diukur serta memberikan panduan untuk mendapatkan satu sampel item-item soalan.

Kepentingan JSU

1. Dapat mengelakkan ujian yang dibina secara sembarangan dan dapat dilakukan secara terancang dan rapi.

2. Dalam JSU, bilangan soalan bagi sesuatu tajuk diberi berdasarkan pentingnya tajuk atau objektif pelajaran

3. Akan menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

4. Membolehkan ujian yang sama dibina oleh orang lain.

5. Dapat menstabilkan taraf dan aras kesukaran ujian dari setahun ke setahun.

6. Perbandingan dapat dibuat di antara satu ujian dengan ujian yang lain

Langkah-langkah Penyedian JSU (Jadual Spesifikasi Ujian)

JSU mengandungi maklumat tentang:

1. Bentuk dan panjangnya ujian

2. Aras kesukaran dan juga aras kemahiran yang diuji

3. JSU yang dirancang dengan baik akan menolong dalam penentuan kesahan dan kebolehpercayaan ujian itu.

4. Pembahagian soalan untuk tiap-tiap unit kandungan mesti sama dengan penegasan yang diberi dalam pengajaran.

5. Kepentingan aras mesti bersesuaian dengan kebolehan murid-murid yang akan diuji.

6. Terdapat dua jenis soalan yang boleh digunakan iaitu soalan objektif dan soalan subjektif.

7. Penggubal soalan mesti menentukan jumlah soalan untuk ujian itu.

8. Masa mestilah cukup supaya 80% daripada murid-murid dapat menjawab soalan.

Langkah pertama

1. Menyenaraikan tajuk-tajuk yang hendak diuji

2. Mengira jumlah masa bagi setiap tajuk yang diajar.

Langkah dua

1. Menentukan soalan yang ingin dibina. Contohnya; soalan subjektif atau soalan objektif (bergantung kepada format)

2. Meletakkan jumlah soalan bagi setiap topik.

Langkah tiga

1. Menentukan aras kesukaran

2. Menentukan model aras kesukaran model (JSU)

3. Lazimnya JSU mengamalkan Taksonomi Objektif Pendidikan Bloom.

Langkah empat

1. Memastikan jenis ujian yang akan/ hendak diuji.

2. Jenis soalan yang boleh digunakan; ujian objektif, ujian esei, dan lain-lain. (bergantung kepada format)

Langkah Lima

1. Menentukan bilangan soalan bagi setiap komponen

2. Penentuan aras kesukaran soalan ( soalan mudah kepada soalan susah)

3. Menetapkan pemarkahan.

Langkah enam

1. Menyatakan matapelajaran

2. Tingkatan atau kelas

3. Susunan nombor soalan mengikut tajuk.

MINGGU 4

PEMBINAAN UJIAN

SOALAN OBJEKTIF

DEFINISI

Soalan objektif merupakan perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.
Soalan objektif juga merupakan satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif. Item seumpama ini sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir. Ujian jenis ini memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik. Apabila sesuatu semakan jawapan dibuat semua pemeriksa akan memberi markah jawapan yang sama.

“Soalan objektif dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa”

(Gronland,1977).

Antara contoh soalan berbentuk objektif:

  • Item jenis pendek
  • Item jenis padanan
  • Item jenis anekapilihan
  • Item kloz

Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:

  1. Item respon bebas
  2. Item respon tetap (item objektif pilihan)

Item respon bebas

Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan. Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Jenis soalan respon tetap;

1. Format salah betul

2. Padanan

3. Aneka pilihan

Format salah betul

Padanan

Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI

Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis soalan subjektif:

1. Item jenis struktur

2. Item jenis esei

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur

Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei

Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei

  1. Item tindak balas terhad
  2. Item tindak balas lanjutan

Item tindak balas terhad

Item tindak balas terhad membataskan isi dan bentuk tindak balas. Item jenis ini juga dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja. Item jenis ini berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan

Item jenis ini berbeza daripada item tindak balas terhad. Item jenis ini tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

MINGGU 5

JENIS PENILAIAN BAHASA

1. Ujian Formatif

2. Sumatif

3. Ujian Kefasihan

4. Kemajuan

5. Ujian Bakat

6. Pencapaian

Ujian Formatif

Ujian jenis ini dilaksanakan bertujuan untuk menentukan kemajuan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa sepanjang pembelajaran mereka. Ujian ini dijalankan semasa kursus diadakan dan tujuannya ialah untuk mempercepatkan proses pembelajaran.

Ujian Sumatif

Ujian sumatif bertujuan untuk mengesan secara menyekuruh taraf pencapaian murid di akhir sesuatu pembelajaran. Matlamat utama penilaian jenis ini ialah untuk memberi markah atau gred kepada seseorang murid supaya dapat membandingkannya dengan markah murid lain dalam kumpulannya.

Ujian Bakat

Ujian jenis ini adalah khusus untuk menelah prestasi seseorang pelajar dalam pelajaran atau kemahiran bahasa asing yang akan dipelajarinya.

Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian yang juga disebut sebagai ujian sumatif adalah jenis ujian yang diberi setelah kursus tamat dan tujuannya ialah untuk menilai hasil pengajaran. Ia diberikan untuk menilai kemajuan murid dalam pelajarannya dan juga untuk mengukur pencapaian murid secara menyeluruh.

 


2009 BMM3103. All rights reserved.
Powered by Beta Templates and Blogger.
Template and Icons by DryIcons.com