Penilaian Melalui Portfolio
Apakah portfolio?
Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekodkan bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui.
Ciri-ciri portfolio.
- Dokumentasi berstruktur yang memerlukan pelaksanaan perancangan dan penilaian yang teliti.
- Proses pembelajaran secara portfolio dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dari fakta dari peringkat awal hingga akhir.
- Menggalakkan pembelajaran secara interaktif melalui kerjasama dan bantuan daripada pelbagai pihak.
- Kandungan portfolio terdiri daripada maklumat secara urutan dan mestilah logik.
- Portfolio bersifat reflektif yang dirangsang melalui persoalan.
Penilaian Portfolio
- Penilaian berbentuk lebih terbuka (broad based) dan seimbang.
- Tugasan portfolio dapat dipantau melalui peta perkembangan pelajar yang boleh dinilai melalui bukti-bukti lain.
- Proses penilaian perlu dijalankan secara berterusan supaya dapat mencerminkan perkembangan pelajar dari semasa ke semasa mengikut kriteria yang telah dipersetujui bersama.
Jenis-jenis Portfolio yang boleh dibina.
- Porfolio kerja harian
- Portfolio hasil terbaik
- Portfolio dokumen.
Portfolio Kerja Harian
- Bahan yang dikumpul untuk menghasilkan tugasan dalam satu jangka waktu yang diberikan.
- Contohnya; Proses perkembangan idea dijalankan secara harian untuk menghasilkan lukisan yang mempunyai ciri-ciri berikut.
Portfolio Hasil Terbaik
- Dipilih bersumberkan hasil terbaik daripada portfolio kerja harian.
- Berbentuk sumatif
- Contohnya; Hasil lukisan yang terbaik daripada bebrapa lukisan yang dibuat dan dikumpulkan di dalam folio kerja terbaik.
Portfolio Dokumen
- Hasil tugasan kecil yang dijalankan semasa mengumpul bahan pada satu jangka masa tertentu untuk menyempurnakan kerja tugasan.
- Contohnya;
- Hasil lukisan daripada warna tersebut.
Kegunaan Portfolio
- Membolehkan guru menggunakan bukti portfolio bersama rekod anekdot guru untuk membuat penilaian secara holistik.
- Mengekalkan galakkan pelajar untuk mengawal dan memantau perkembangan pelajar
- Membolehkan guru memantau perkembangan pembelajaran pelajar dengan menggunakan peta perkembangan.
- Mempelbagaikan bukti penilaian seperti rekod pemerhatian dan penilaian, nota anekdot, rekod pelaksanaan tugaan dan kadar pencapaian hasil kerja pelajar.
- Membolehkan penilaian dalam bidang afaktif tentang usaha dan aplikasi dapatan melalui pemerhatian tingkahlaku, pengelibatan dalam kelas, inisiatif, kerjasama, ketabahan dan komitmen sewaktu membina portfolio.
Bagaimana Portfolio dinilai?
- Portfolio dinilai berdasarkan konsep perkembangan pembelajaran yang berterusan.
- Fokus kepada aspek perkembangan pengetahuan dan perkembangan kefahaman.
- Peta perkembangan pelajar boleh digunakan bagi memberi gambaran perkembangan yang lebih menyeluruh bermula awal pembinaan portfolio sehingga tugasan tersebut selesai.
Merekod Penilaian Portfolio:
Kriteria penilaian
- Struktur dan organisani
- Strategi pengurusan
- Variasi isi yang sesuai
- Struktur ayat dan gaya bahasa
- Senaraikan ciri. Ini akan menentukan markah portfolio, tentukan wajaran markah bagi setiap ciri.
- Mengambil kira markah yang diberikan kepada tiap-tiap peringkat dan bukti-bukti lain setiap nota anekdot dan refleksi pelajar.
- Skala berkadar atau berkala boleh digunakan.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Penilaian Melalui Pemerhatian
- Pemerhatian secara berterusan dan mengikut jangka masa waktu yang diperlukan atau ditentukan bagi membantu guru dalam mendapatkan maklumbalas tentang keberkesanan P&P.
- Meliputi aspek kognitif , afaktif dan psikomotor.
- Boleh guna senarai semak, rekod anekdot, dan rekod profile.
- Pemerhatian berlaku antara guru, dan antara pelajar dengan pelajar.
- Pemerhatian juga dibuat oleh guru terhadap keberkesanan bahan dan komunikasi pelajar dengan bahan dan pelbagai situasi persekitaran.
Perkara yang perlu diambil semasa dibuat pemerhatian;
- Kualiti Pemerhatian
- Bentuk perancangan
- Merekod penilaian pemerhatian
- Jenis Pemerhatian
- Strategi pelaksanaan
- Fungsi penilaian melalui pemerhatian.
Kualiti Pemerhatian
- Pengetahuan mendalam dalam bidang tugasnya dan perihatin dengan persekitarannya.
- Guru perlu peka terhadap perubahan yang berkaitan dengan bahan.
- Yakin dengan keputusan yang dibuat dan keputusan yang diambil.
- Ikhlas dan jujur serta adil dalam membuat keputusan yang diambil terhadap sesuatu.
- Tekal dan stabil dalam penilaiannya.
Bentuk Perancangan
- Menyediakan alat yang releven dan menentukan kaedah untuk mentadbirnya.
- Menetukan teknik menganalisis, mentafsir, merekod dan melapor.
- Merangka tindaksusul yang akan dijalankan mengikut konsekuan yang dijalankan daripada pemerhatian.
Merekod penilaian pemerhatian
- Rekod pemerhatian harus menggambarkan perubahan tingkahlaku secara tersusun dari segi:
- Pendekatan, kaedah individu atau berkumpulan
- Semasa menjalankan pemerhatian dan hasil pendekatan atau pengubahsuaian cara pelaksanaan perlu direkod dengan jelas
- Menjalankan Tugasan
- Cara individu mengendalikan tugasannya dan setiap hasil yang diperoleh dihurai dengan tepat .
- Cara merekodkan dapatan dan rumusan
- Dapatan dan rumusan hendaklah direkod mengikut urutan yang betul.
- Tindakan Susulan
- Rekod pemerhatian hendaklah juga jelaskan tindakkan susulan hasil yang akan dicapai.
Rekod anekdot
Boleh digunakan untuk menilai kecekapan atau kecerdasan individu dalam bidang tertentu seperti berikut:
Kecekapan linguistik (bidang bahasa)
Melihat kecekapan dalam bidang-bidang tertentu
- Muzik
- Kecekapan (body khanisthetic)
- Kecekapan intrapersonal
- Kecekapan interpersonal
Kecekapan Linguistik:
Keupayaan menggunakan bahasa untuk memperoleh sesuatu , untuk menambat hati, menyakinkan dan merangsang.
Melihat Kecekapan dalam bidang-bidang tertentu:
Keupayaan memanipulasikan objek atau simbol untuk meneroka corak, kategori dan perkaitan dan kebolehan membuat eksperimen secara terkawal dan terancang.
Muzik:
Keupayaan mencipta muzik dan mengubah lagu.
Kecekapan (body khanisthetic):
Berkemahiran sukan, seni lakon, seni tari atau seni lukis.
Kecekapan Intrapersonal:
Keupayaan memahami perasaan dan emosi diri.
Kecekapan interpersonal:
Keupayaan memahami dan bergaul dengan orang lain.
Jenis pemerhatian
- Mengikut tujuan dan aspek yang hendak diperhatikan atau dinilai iaitu:
- Memerhati sesuatu perlakuan tanpa mebuat tafsian (interpretation) dab tanggapan (judgement). Melaporkan apa saja yang dilihat. Tafsiran bukan untuk penilaian semasa.
- Memerhati apa-apa yang telah dirancang dan secara “open ended”. Menilai kemahiran, pengetahuan dan perlakuan.
- Memerhati untuk jangka pendek atau jangka panjang. Penilaian dalam bentuk sekuense.
Strategi Pelaksanaan.
- Secara berterusan mengikut keperluan yangbtelah dikenalpasti/ dirancang.
- Menggunakan senarai semak.
- Tindakkan susulan terhadap hasil pemerhatian
- Jangka masa pemerhatian hendaklah sesuai dengan kaedah dan keperluan
- Maklum balas diperolehi daripada guru dan pelajar.
- Refleksi tentang pengalaman bahan dikategorikan sebagai pemerhatian.
Fungsi Pemerhatian
- Guru berpeluang memerhati perkembangan psikomotor, kognitif dan objektif pelajar.
- Guru membuat penilaian kendiri terhadap keberkesanan p&p sebagai penyampai maklumat, tutor, pemudah cara dan pendidik.
0 comments:
Post a Comment