Thursday, May 7, 2009

Interaksi 8: Kaedah Penilaian Bahasa

10:13 PM Posted by: ZuriatinaJohari 0 comments

PROJEK

Pengenalan
Projek adalah satu aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang tertentu. Ia biasanya melibatkan aktiviti pengumpulan serta analisis data dan penyediaan satu laporan . Dalam konteks kurikulum sekolah, projek bermaksud tugasan secara amali. Tugasan ini boleh dijalankan secara individu atau secara berkumpulan dan dilaksanakan dalam satu jangkamasa yang munasabah. Projek membolehkan pelajar mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. Penilaian sama ada penilaian guru, kendiri atau rakan sebaya dijalankan pada setiap tahap proses iaitu dari tahap projek mula dirancang sehinggalah ke tahap hasil disiapkan. Instrumen yang digunakan boleh berbentuk kontrak , rubrik, senarai semak, sekala kadar dan lain-lain Projek dibuat berdasarkan penguasaan pengetahuan, kebolehan berfikir secara reflektif dan berketrampilan tentang sesuatu perkara mengikut bidang masing-masing.

Tujuan
Sebagai satu aktiviti pembelajaran, projek membawa tujuan berikut:
1. Menggalakkan pelajar bekerjasama dan menerima tanggungjawab
2. Memberi kebebasan kepada pelajar untuk menunjukkan kreativiti dan inovasi
3. Memberi peluang menggunakan bahan sumber yang terdapat di luar bilik darjah
4. Memotivasikan pelajar untuk belajar
5. Memberi peluang pelajar memainkan peranan sebagai pemimpin
6. Membenarkan pelajar menentukan peranan
7. Membolehkan pelajar yang mempunyai minat dan kebolehan yang sama bekerja dalam satu kumpulan mengikut kadar yang sesuai dengan kemampuannya

0 comments:

Post a Comment

 


2009 BMM3103. All rights reserved.
Powered by Beta Templates and Blogger.
Template and Icons by DryIcons.com